LAWATAN KE MRSM SERTING
Pada hari Rabu yang lepas kami telah melawat ke MRSM SERTING.Sebelum pergi, kami berkumpul di sekolah untuk bersarapan supaya tidak kelaparan.
Seterusnya,kami bertolak ke Mrsm Serting yang terletak di Negeri Sembilan.Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang tiga jam.Ketika di dalam bas, kelihatan di luar tingkap terdapat hutan yang sangat tebal.
Selepas itu,kami tiba di sana lalu kami diiringi oleh wakil pelajar ke dewan makan yang di sediakan untuk kami.makanan yang disediakan amat lazat dan berkhsiat.
Di samping itu,kami diminta membuat barisan bagi memulakan lawatan itu.Destinasi pertama yang dilawati ialah perpustakaan MRSM serting.